Nyah ranjau kemanusiaan Nyahranjau

Dalam keadaan agak aman, proses penbersihan periuk api dirujuk sebagai nyah ranjau. Ini merupakan proses menyeluruh, memakan masa yang cuba menjumpai kesemua periuk api agar kawasan tanah atau laut boleh kembali bagi kegunaan normal. Adalah penting agar proses ini menyeluruh. Jika hanya sedikit periuk api tertinggal tidak disedari, nyah ranjau mungkin mendorong kepada peningkatan korban orang awam ketika penduduk tempatan menduduki kembali kawasan yang sebelumnya mereka elakkan kerana percaya ia telah dijadikan selamat. Dalam konteks ini nyah ranjau merupakan salah satu peralatan bagi tindakan periuk api. Diselaraskan oleh Pusat Penyelaras Tindaka Periuk Api ("Mine Action Coordination Center") yang ditakbir oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau kerajaan hos, agensi pembersihan periuk api tempatan ditugaskan dengan nyah ranjau. Di kawasan selepas pertikaian, periuk api sering kali dicemari dengan campuran sisa letupan perang ("explosive remnants of war - ERW") yang termasuk bahan letupan tidak meledak termasuk juga periuk api. Dalam konteks itu, usaha pembersihan kemanusiaan sering kali dirujuk sebagai pembersihan kawasan pertempuran.

Dalam sesetengah keadaan, pembersihan periuk api adalah syarat diperlukan sebelum program kemanusiaan lain boleh dilaksanakan.[1] Usaha antarabangsa berskala besar telah dilakukan bagi menguji dan menilai teknologi baru dan sedia ada bagi nyah ranjau kemanusiaan, terutama oleh kerajaan EU, Amerika Syarikat, Kanada dan Jepun dan oleh Pusat Tindakan Periuk Api ("Mine Action Centres ") di negeri-negeri yang terjejas.[2][3]